RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 29 April 2017

Kenyataan dari FMLLP berkenaan isu LIVE Pahang vs N.Sembilan tidak disiarkan.



Image may contain: text
PENYOKONG MAHU LEBIH, PAHANG MAHU KURANG
Satu perjanjian kerjasama telah ditandatangani di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kesemua pasukan untuk menjadi sebahagian daripada Football Malaysia LLP (FMLLP) adalah asas secara kolektif untuk bersama-sama memacu bola sepak Malaysia ke hadapan. Kerjasama ini juga bermaksud lebih banyak pendapatan bagi setiap pasukan melalui penyertaan mereka dalam Liga Malaysia.
Apabila pasukan tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian ini, kesannya dirasai oleh semua pihak yang berkepentingan. Bukan sahaja kepada pasukan yang tidak mematuhi. Ini kerana apa sahaja kesan kepada Liga akan memberi kesan kepada semua komponen itu, termasuk pasukan lain. Semua terikat antara satu sama lain untuk maju atau gagal bersama.
Dengan tidak membenarkan siaran langsung perlawanan, terutama perlawanan yang penting, ianya akan memberi kesan yang besar sekali. Perjanjian penyiaran dan komersil boleh terjejas kerana nilai akan menyusut. Penaja pasukan tidak mendapat pendedahan sepatutnya di peringkat separuh akhir. 
Penyokong juga akan terbabit kerana tidak semua peminat pasukan yang terlibat boleh datang memberi sokongan di stadium. Terdapat juga unsur-unsur peminat neutral yang mahu menonton dengan penuh minat dan mengetahui kemajuan seterusnya. Apa yang setiap pasukan harus menyedari adalah perlawanan samada di gelanggang sendiri atau lawan, ianya bukan mengenai mereka sahaja. Ia melibatkan semua pihak. Pemikiran ini mesti diubah untuk kita bergerak maju ke hadapan.
Kenyataan yang dibuat setakat ini adalah siaran langsung tidak dibenarkan di Stadium Darul Makmur bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA, dan ini jelas akan menjejaskan semua pihak yang terlibat. Ianya adalah tanggungjawab Pasukan Tuan Rumah (PTR) untuk menyediakan kemudahan siaran langsung dan FMLLP telah berhubung dengan PBNP untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya siaran langsung tidak dibenarkan, maka Pahang jelas melanggar peraturan komersil yang mana mereka telah menerima pendapatan mereka untuk tahun 2017. Ya, pendapatan ini telah berkembang empat kali ganda sejak 2014. Dan FMLLP sedang berusaha keras untuk memastikan ia berganda atau tiga kali ganda lagi dalam tahun mendatang. Kita berada di landasan yang betul. 
Tetapi ini adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan segala-galanya. Dan apabila ia tidak berlaku, adakah kita mahu menyalahkan FMLLP atau kita perlu melihat perkara-perkara secara objektif dan sedar bahawa perkara-perkara ini adalah apa yang memegang kita kembali.
Struktur adalah sesuai bagi FMLLP untuk mencapai kemajuan. Komponen telah berada di tempatnya. Adakah kita akan menunjukkan sikap yang betul?
Adalah dimaklumkan bahawa Pahang telah memohon supaya siaran langsung tidak disiarkan dan kenyataan juga telah diterbitkan di FB rasmi Pahang FA.