RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 10 Jun 2017

Norhazrul Tidak Setuju Cadangan Tan Sri Annuar Dan Anggap Pelik


Barisan pemain Kelantan musim 2015/2016 tidak bersetuju dengan cadangan Tan Sri Annuar Musa berkaitan tunggakan gaji dengan memberi syarat yang dianggap pelik merujuk akhbar Kosmo! Hari ini 10hb.

Syarat pelik itu menyebut pemain perlu memberikan rebat sebanyak 50 peratus kepada KAFA sekiranya mahu mendapatkan semula tunggakan gaji secara tunai dalam tempoh 30 hari.

Ramai yang beranggapan syarat itu disifatkan zalim memandangkan para pemain seolah-olah terpaksa mengemis untuk mendapatkan hasil titik peluh mereka sendiri.

Mohd Nor Hazrul Mustafa yang merupakan salah seorang pemain terlibat berkata, dia mengakui terkejut dengan cadangan tersebut.

"Secara jujur, saya tidak bersetuju dengan cadangan ini, bukan sahaja tidak masuk akal malah seolah-olah mahu mendera bekas pemain yang pernah menabur bakti bersama pasukan Kelantan.

"Jika bayaran tunggakan ini diberikan separuh, amat malang buat kami sebagai bekas pemain skuad TRW yang telah bertungkus lumus bersama pasukan", kata Hazrul di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan bahawa penaja pasukan Kelantan yang diketuai Annuar sedia melunaskan tunggakan itu kepada barisan pemain musim 2015 & 2016 secara tunai dalam masa 30 hari sekiranya mereka bersedia memberikan rebat atau diskaun sebanyak 50 peratus kepada KAFA.

Annuar dilaporkan berkata, bayaran itu akan dilunaskan dalam tempoh 30 hari kepada mana-mana pemain dan pegawai yang bersetuju dengan pelan penyelesaian tersebut namun jika tidak bersetuju, pembayaran tetap akan dilunaskan tapi makan masa.

Sebelum ini, KAFA dilaporkan berhutang dengan bekas pemain dan jurulatih Kelantan bagi musim tersebut yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Tambah Hazrul, KAFA berhutang sebanyak RM50,000 dengannya melibatkan pembayaran gaji selama empat bulan.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang enggan mendedahkan nama berkata, dia kecewa dengan cadangan Annuar itu yang seolah-olah mahu lepas tangan dalam hal ini.

Katanya, sebagai individu yang pernah menerajui KAFA, Annuar wajib bertanggungjawab dalam hal tersebut kerana masalah berkenaan berlaku ketika di bawah pimpinannya.

"Saya sudah jelek dengan propaganda KAFA yang sering memberitahu badan itu berdepan masalah hutang tetapi yang peliknya pemain import baharu dan pengarah teknikal boleh pula diambil.

"Kami sebagai pemain ada anak isteri untuk ditanggung dan bola sepak merupakan pekerjaan hakiki. KAFA perlu ingat perkara tersebut", katanya.

Sumber : Kosmo!