RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 10 Jun 2017

JDT Tegas Tidak Menggantikan Farizal Marlias Dengan Sesiapa - Alistair Edwards

Image result for Alistair Edwards

Johor Darul Takzim maklum balas melalui facebook rasmi Johor Southern Tigers berkenaan berita tengah viral di media sosial tentang pemain kedah dikaitkan dengan pengganti farizal marlias, Inilah Jawapan Penuh Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards.

KAMI TIDAK AKAN MENGGANTIKAN FARIZAL MARLIAS DENGAN SESIAPA

"Kami ingin tegaskan disini bahawa JDT tidak akan menggantikan penjaga gol, Farizal Marlias dengan sesiapa kerana Farizal Marlias tetap berada didalam pasukan kami.

"Jangan sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya mahu menimbulkan cerita sensasi yang tidak sahih.

"Tiada penjaga gol baharu dalam perancangan JDT. Ini kerana kami mempunyai dua lagi penjaga gol yang berpotensi tinggi dan bagus iaitu Izham Tamizi dan Muhammad Haziq."

- Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim