RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 16 Jun 2017

Lambakan Kuda Tua, Karathu Harap Vingada Guna Pemain Muda


Kuala Lumpur: Masalah kecergasan membabitkan beberapa pemain terutama di bahagian tengah antara faktor utama skuad Harimau Malaya tewas 1-2 kepada Lubnan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam kelmarin.
Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk M Karathu berkata, masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius pengendali negara, Nelo Vingada kerana hampir semua pemain tidak dapat bertahan 90 minit perlawanan.
Jelasnya, pemain beraksi cukup baik sepanjang tempoh 45 minit pertama dengan melancarkan beberapa siri serangan hingga berjaya mendahului pelawat, namun segala-galanya berubah selepas rehat, apabila anak buah Vingada dilihat hilang arah susulan tahap kecergasan yang rendah.
Malah, sikap terlalu yakin dalam kalangan pemain juga menyumbang kepada kekalahan pertama Malaysia dalam kempen kelayakan berkenaan kerana menganggap jaringan pendahuluan 1-0 itu dapat dipertahankan.
“Pemain negara bermain agak baik dan meyakinkan pada separuh masa pertama dengan kita sering memberi tekanan kepada lawan.
“Begitupun, memasuki babak kedua khususnya 20 minit terakhir saya lihat pemain kita ada masalah kecergasan dengan mereka di bahagian tengah lebih banyak berjalan serta melihat saja pergerakan Lubnan.
“Kita juga tak mampu nak kawal bola sebaliknya sekadar berlari mengejar lawan. Keadaan itu jelas membuka ruang baik buat Lubnan bangkit dan mereka menggunakan kelemahan pasukan kita dengan baik sekali.
“Bagi saya pemain kita memang melakukan kesalahan (tidak melakukan tekanan). Jika stamina pemain lebih kuat, saya percaya dua gol Lubnan itu boleh dihalang.
“Kita semua tahu sebelum ini kem negara sudah diselubungi isu lambakan ‘kuda tua’ dalam pasukan. Mungkin faktor usia yang menyebabkan pemain gagal bertahan hingga 90 minit. Kalau boleh Vingada harus menyenaraikan pemain lebih muda selepas ini,” katanya.

Sumber : METRO