RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

Respon FAM mengenai KAFA Menghantar Dokumen Bantahan Kepada FAM


MELAKA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tanpa sebarang halangan berhubung isu bantahan hukuman penolakan mata yang dikenakan pengendali Liga Malaysia (Liga M). 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Liga Tempatan FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, KAFA berhak menyerahkan dokumen bantahan kerana FAM sentiasa terbuka untuk menerima sebarang dokumen atau pun rayuan berkaitan hukuman pemotongan mata. 

Mengikut prosedur, sepatutnya KAFA menyerahkan dokumen bantahan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang diberikan tanggungjawab menguruskan Liga M. 

"Jika dihantar (dokumen) kepada kami, FAM akan memanjangkan (menghantar) dokumen terbabit kepada FMLLP yang bertanggungjawab terhadap perjalanan Liga Malaysia," katanya. 

Ini kerana katanya, FMLLP sudah diberi peranan melaksanakan tugasan berkenaan dan segala syarat Liga Malaysia sudah jelas dalam peraturan dan ketetapan dipersetujui pasukan bertanding sebelum liga bermula. 

"Jika mana-mana pasukan menganggap penolakan mata hukuman dianggap tidak tepat, ia akan ditentukan FMLLP yang akan menilai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," kata Mohd Yusoff. 

Namun katanya, ketika penilaian FMLLP dijalankan, terdapat wakil FAM di dalam jawatan penilaian berkenaan, sekali gus membolehkan penelitian peraturan dan ketetapan dilihat secara bersama. 

BH Sukan melaporkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor menegaskan mereka tetap mahu menuntut keadilan dengan menghantar dokumen berkaitan untuk dinilai sendiri FAM selepas berbincang dengan peguam yang dilantik. 

Katanya, KAFA tidak bercadang menggunakan kuasa mahkamah, sebaliknya mahu merujuk terlebih dulu kepada FAM untuk menilai kesesuaian peraturan dan undang-undang yang diguna pakai. 

Menurutnya, tindakan FMLLP yang menghantar sendiri surat makluman hukuman penolakan mata dianggap tidak tepat kerana FAM adalah badan induk yang sepatutnya mempunyai kuasa mengeluarkan surat berkenaan.

Sumber : Berita Harian