RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

Ghaddar Berpotensi Menang Kasut Emas - Hashim Mustapha


KOTA BAHRU: Bekas penyerang kebangsaan dan Kelantan, Hashim Mustapha percaya penyerang import The Red Warriors (TRW), Mohammad Ghaddar berpotensi menjadi pemain kedua Kelantan menerima anugerah Kasut Emas selepas kali terakhir dimenanginya 23 tahun lalu. 

Katanya, lebih membanggakan, jaringan Ghaddar kini menyamai jumlah jaringan Perak dan PKNS FC iaitu 18 gol, selain turut mengatasi pasukan lain seperti Selangor (16 gol); FELDA United FC dan Melaka United (13 gol) serta Sarawak (11 gol). 

"Jika diukur dengan prestasi terkininya, Ghaddar wajar menjadi pemain terbaik Liga Super musim ini dan kejayaannya selepas dinobat pemain terbaik bagi April perlu dipuji. 

"Namun harus diingat, saingan juga sengit kerana setiap pasukan yang bertanding mempunyai barisan 'awang import' yang berkualiti. 

"Jika Ghaddar mengidamkan gelaran Kasut Emas, dia perlu konsisten dan berdisiplin tinggi di atas padang, selain tidak menimbulkan sebarang masalah dan kontroversi," katanya ketika dihubungi BH Sukan, hari ini. 

BH Sukan hari ini melaporkan penyerang kebangsaan Lubnan itu mahu menyumbangkan lebih banyak gol musim ini selepas dinobatkan Pemain Terbaik Bulan April oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). 

Sementara itu, bekas pemain Kelantan era 80-an, Yassin Mohd Noor, berkata semangat Ghaddar yang berazam muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini perlu dijadikan motivasi oleh pemain tempatan. 

"Pemain tempatan perlu mengambil perkara itu sebagai satu cabaran sihat kerana semua pemain mampu merebut gelaran penjaring terbanyak. 

"Untuk mencapai kejayaan itu, pemain tempatan boleh dipupuk dengan semangat bola sepak yang tinggi serta kualiti permainan mereka dapat ditingkatkan," katanya. 

Info: Penerima Anugerah 

Kasut Emas Kasut Emas Liga Super 2016 - Jorge Pereyra Diaz, JDT (18 gol) 
Kasut Emas Liga Super 2015 - Dramane Traore, PDRM (16 gol) 
Kasut Emas Liga Super 2014 - Paulo Rangel, Selangor (16 gol)

Sumber : Berita Harian