RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 11 Mei 2017

Ramai Pemain Kelantan Cuba Dilarikan Dari Pintu Belakang - Tan Sri Annuar Musa

Ramai Pemain Kelantan Cuba Dilarikan Dari Pintu Belakang

Tan Sri Annuar Musa Penaja Utama Kelantan mendedahkan ramai pemain Kelantan cuba dilarikan walaupun masih ada kontrak atau tawar melalui pintu belakang (bukan cara gentleman) tetapi Tan Sri Annuar Musa tidak menyebut team tersebut dari team mana

Nasib Kelantan tidak baik untuk tahun 2017 setelah Kelantan FA dipotong 6 mata dan ditimpa pelbagai isu untuk rembat pemain sensasi Kelantan Mohammed Ghaddar tetapi tidak berakhir disitu, nasib Kelantan bertambah malang apabila Tan Sri Annuar Musa mengatakan ramai pemain Kelantan sudah di pancing!

Ini komen Tan Sri Annuar Musa melalui facebook rasmi beliau.

"Kegembiraan bila melihat trw sentiasa istimewa walau dlm susah
Sedih bila tgk kita miskin tak cukup duit dan SEMUA ORANG MEMBIARKAN KITA TERKAPAI KAPAI...terus di kena pelbagai tekanan

"Lebih sedih bila mengetahui ramai pemain cuba di larikan.Walau SEPATUTNYA players dlm kontrak tak boleh di hubungi atau di tawar pintu belakang tapi ramai pemain sudah di pancing..😭😭

"TRW MUNGKIN TIDAK LAGI WUJUD DLM LIGA M TAK LAMA LAGI..DI BAWAH PERATURAN DAN CARA SEKARANG PASUKAN MISKIN SUDAH TIADA TEMPAT LAGI DI LIGA SUPER...

".....Saya DOAKAN yg terbaik jika masih ada peluang utk pasukan NEGERI ini beraksi ATAS NAMA NEGERINYA...,,"

Tan Sri Annuar Musa menjangkakan Pasukan Kelantan FA mungkin tidak wujud lagi dalam Liga Malaysia tidak lama lagi jika peraturan dan keadaan cara ini berterusan kerana pasukan miskin (bajet kos rendah) tiada tempat lagi di Liga Super.

Semoga kepada pihak berkenaan yang berkemampuan terutama anak jati Kelantan, bantulah KAFA jangan jadi seperti tahun lepas bagi harapan palsu.