RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 14 Mei 2017

Nidzam tak sangka Kedah menang besar

PEMANGKU Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff. - Foto Eizairi Shamsudin 


KUALA TERENGGANU: Pemangku Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka pasukannya mampu menang besar ke atas Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA, di sini, malam tadi. 

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata, dia menjangkakan skuad Penyu akan memberi cabaran hebat kerana bermain di gelanggang dan penyokong sendiri namun sebaliknya pula tewas 3-0. 

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pemain yang mempamerkan komitmen dan disiplin tinggi dalam perlawanan malam ini (malam tadi). 

"Kejayaan ini mungkin hasil percaturan merehatkan enam tonggak utama berdepan PKNS dalam aksi Liga Super tempoh hari sebagai persiapan mengharungi perlawanan ini," katanya yang ditemui selepas perlawanan. 

Skuad Helang Merah mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-0 selepas mencatat kemenangan 1-0 dalam aksi pertama di Stadium Darul Aman, pada 30 April lalu. 

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, Terengganu yang mendapat sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong dikejutkan dengan gol awal Liridon Krasniqi pada minit kelima. 

Kesilapan yang dilakukan pemain tengah, Abdul Shukur Jusoh menolak bola ke benteng pertahanan mengundang padah, apabila ia sebaliknya tepat kepada Kenilso Larsen sebelum melakukan rembatan menerjah gawang minit ke-28. 

Awang import Kedah kelahiran Brazil, Sandro Da Silva meranapkan impian Terengganu apabila mudah menolak masuk gol ketiga dengan memperdaya penjaga gol, Amierul Hakimi Awang pada minit ke-47. 

Nidzam berharap pasukannya mampu meneruskan rentak permainan konsisten dan muncul juara Piala FA musim ini. 

"Perjuangan kami belum selesai dan kami akan berusaha memperkemaskan pasukan ini bagi memastikan Piala FA menjadi milik Kedah musim ini," katanya.

Sumber : Berita Harian