RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 14 Mei 2017

TSAM Nasihat Ghaddar Jujur dan Jangan Keluar Pintu Belakang




Tan Sri Annuar Musa memberitahu dan menegaskan kepada semua pemain Kelantan terutama Mohammed Ghaddar supaya jadi pemain professional dan beritahu perkara sebenar kepada KAFA dan mematuhi kontrak sudah ditandatangani supaya mengelakkan kes Matyo bakal berulang apabila pemain ini berunding melalui pintu belakang.

Tan Sri Annuar Musa juga menegaskan kepada pasukan yang berminat dengan pemain Kelantan hendaklah berunding dengan saluran yang betul dan jadi pasukan professional apabila pintu perpindahan pemain dibuka.

Ini Komen Tan Sri Annuar Musa melalui Facebook

"Ghaddar menjelaskan pada saya kedudukan sebenar beliau...Nasihat saya mudah saya...kepada pemain...BE PROFESSIONAL...beritau KAFA secara jujur DAN PATUHI KONTRAK.Jangan ikut pintu belakang...

"Kepada Team yg berminat pun begitu.RUNDING SECARA RESMI DAN TELUS...bila sampai masanya..


"Dgn demikian kita jadikan LIGA KITA,berperaturan,teratur dan professional..
Saya percaya TIDAK SUKAR UTK PEMAIN,PASUKAN DAN KELAB UTK MEMATUHI INI...

Patah tumbuh...hilang berganti...."

Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu semalam ketika perlawanan Kelantan vs PKNS bahawa jika Ghaddar sah meninggalkan Kelantan, maknanya Kelantan FA terpaksa bermula dari bawah cari penyerang berbisa untuk menggantikan Ghaddar slot kuota pemain import Asia.