RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

KAFA KEMUKAKAN DOKUMEN BANTAHAN KEPADA FAM!


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah menyiapkan dokumen berkaitan bantahan hukuman penolakan mata menerusi peguam dilantik untuk diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata hasil perbincangan dengan peguam yang dilantik, KAFA bersetuju meneruskan hasrat menuntut keadilan dengan menghantar dokumen berkaitan untuk dinilai sendiri oleh FAM. 

"KAFA tidak bercadang menggunakan kuasa mahkamah, malah mahu merujuk terlebih dulu badan induk bola sepak yang bertanggungjawab itu untuk menilai tahap kesesuaian peraturan dan undang-undang yang diguna pakai FAM. 

"Tindakan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang menghantar sendiri surat makluman hukuman penolakan mata dianggap tidak tepat kerana FAM badan induk yang sepatutnya mempunyai kuasa mengeluarkan surat berkenaan. 

"KAFA juga menganggap keputusan membantah hukuman penolakan perlu dibuat bagi mendapatkan kembali hak pemain dan peminat yang sentiasa hadir memenuhi stadium untuk menyokong pasukan negeri ini," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sumber : Berita Harian