RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

Ghaddar Anak yang Baik, yang Sudah Matang - Tan Sri Annuar Musa

Sebelum ini, Pemain sensasi Kelantan FA, Mohammed Ghaddar menganggap Tan Sri Annuar Musa sebagai ayah tirinya antara sebab utama Ghaddar kekal bersama Kelantan dan menolak tawaran lumayan. Malah, Tan Sri Annuar Musa juga beranggap benda yang sama menganggap Ghaddar seperti anak tiri oleh kerana mempunyai ikatan kuat dan sudah lama kenal sejak dari 29 disember 2011.

Mohammed Ghaddar (cropped).jpg
Pemain dari Lubnan ini dahulu pernah mencetuskan kontroversi masalah displin menyebabkan pemain ini ditamatkan kontrak pada tahun 2014. Namun, Tan Sri Annuar Musa tetap yakin dan mahu bawa pemain ini ke Kota Bharu buat kali ketiga kerana TSAM percaya Ghaddar sudah berubah dan masih ada potensi jadi jentera serangan pemusnah setiap pasukan walaupun pemain ini sudah berusia dan bermasalah displin sebelum ini, Akhirnya pemain ini mengotakan janji mahu jadi pemain displin dan tanpa diduga beliau beraksi sangat cemerlang malah lebih cemerlang ketika pertama kali menyertai Kelantan 2012 dan juga lebih hebat dari Diaz pemain JDT 2016.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and sunglasses
Tan Sri Annuar Musa memuji dan menyifatkan Ghaddar sekarang lebih matang, lebih fokus tentang kerjaya Bolasepak dan juga seorang anak yang baik. Komen Tan Sri Annuar Musa mengenai Mohammed Ghaddar melalui status facebook rasmi beliau.

"Pertama kali saya bawa ke Msia beliau masih bujang...kini sudah berkeluarga,lebih matang lebih fokus.Seorang anak yang baik..Kerjayanya makin meningkat...KEEP IT UP GHADDAR!!" - Facebook Tan Sri Annuar Musa

Image may contain: 2 people, people smiling, sunglasses
Semoga Mohammed Ghaddar terus menjaringkan gol buat pasukan Kelantan dan kekal bersama dengan Kelantan pada tahun depan. Maka Penyokong haruslah memenuhi stadium untuk membantu KAFA dari segi dana penjualan tiket stadium supaya dapat mengekalkan pemain terbaik Kelantan FA