RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

Jawapan Qayyum, Rumours Bakal Pindah ke Pasukan Lain

Pemain pertahanan Kelantan, Mohd Qayyum Marjoni Sabil berusia 23 tahun bersama dengan Kelantan FA dari 2012 sehingga sekarang, Seperti pemain muda Kelantan yang lain, beliau mulakan karier beliau dengan Kelantan bawah 21 tahun dan diserapkan pasukan senior apabila dapat kepercayaan bekas jurulatih Kelantan Velizar popov pada 23 April 2016 menentang Terengganu FA dimana perlawanan tersebut Kelantan menang 3-0.

Pemain ini sangat aktif meluahkan perasaan di media sosial sekaligus ramai penyokong Kelantan FA mengikuti pekembangan pemain sedang meningkat naik tetapi, ketika pasukan Kelantan FA mengalami masalah gaji tertunggak sebelum ini (awal 2017 sudah selesai), pemain ini menyatakan sungguh kecewa dengan pihak pengurusan pasukkannya sehinggakan pemain ini tweet memberi klu di twitter seolah-olah mahu cari pasukan baru.

Namun, hari ini terjawab staus pemain ini, Qayyum menyatakan tetap mahu setia bersama Kelantan FA dan menafikan perpindahan ke pasukan lain apabila ditanyakan soalan penyokong Kelantan FA melalui media sosial Instagram,

"Dop, setia bersama dengan kelantan" maklum balas Qayyum dengan loghat kelate


Image may contain: text

Semoga terus maju jaya buat pemain ini bersama Kelantan FA.