RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 10 Mei 2017

KAFA Masih Tidak Berpuashati Dengan Prestasi Celin


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum memuktamadkan import baharu yang bakal menggantikan kuota pemain yang cedera bagi melengkapkan senarai pemain import sebelum berakhir jendela pendaftaran pemain penghujung Jun ini. 

Pemain kelahiran Gambia, Sanna Nyassi, 28, yang diperkenalkan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini, perlu melepasi ujian kecergasan dan perubatan terlebih dulu sebelum keputusan menggantikan Alessandro Padovani Celin yang mengalami kecederaan jangka panjang dimuktamadkan. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata walaupun penampilan pertama Celin ketika menentang Pahang Sabtu lalu agak baik selepas berehat panjang, namun ia bukan menjadi ukuran sebenar untuk beliau menyelamatkan diri dari disingkirkan. 

"KAFA nyata masih tidak berpuashati dengan prestasi (Celin) walaupun berjaya menjaringkan satu gol ketika menewaskan Pahang Sabtu lalu di Stadium Darul Makmur. 

"Dia perlu membuktikan tahap kecergasannya dan mampu menjadi penggempur berbisa TRW setanding penjaring terbanyak Liga Super, Mohammed Ghaddar yang kini berjaya meledak 18 gol," katanya ketika dihubungi BH hari ini. 

Mengulas kehadiran import baharu Sanna Nyassi, Ismail mengesahkan pemain yang pernah menyarung jersi kelab Liga Bola sepak Amerika Syarikat (MLS) itu bakal membuat penampilan pertama menentang PKNS dalam perlawanan persahabatan amal pada 13 Mei ini di Kuala Lumpur. 

"Sanna perlu melepasi ujian kecergasan dan perubatan yang ketat oleh pegawai perubatan KAFA terlebih dulu sebelum didaftar secara rasmi dalam pasukan," katanya.

Sumber : Berita Harian