Ketua Penguatkuasanya, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan itu dijalankan ekoran aduan yang diterima daripada pemegang cap dagang, AL Sport Sdn. Bhd pada Khamis lepas.
"Serbuan tersebut dijalankan di perkaranganan Stadium Darul Aman antara pukul 5 petang hingga 10.30 malam sempena perlawanan suku akhir Piala FA antara Kedah dan PKNP FC semalam.
"Melihat kelibat 12 anggota kami bersama dua wakil syarikat, beberapa premis pantas mengambil kesempatan menutup gerai jualan masing-masing. Namun kami berjaya mengambil tindakan terhadap empat premis di sekitar situ," katanya.
Tambahnya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada empat lelaki berusia 30-an yang merupakan pemilik gerai jualan tersebut dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 8 (2)(A) dan (B), Akta Perihal Dagangan 2011.
Difahamkan para peniaga terlibat meletakkan tag harga asal iaitu RM109 pada jersi tiruan berkenaan bagi mengelirukan pembeli sebelum menjualnya pada harga murah iaitu sekitar RM59 hingga RM69. - UTUSAN ONLINE
Video oleh MOHD. RAFIE AZIMI