(PART 4) Melalui sidang media bersama Tunku Ismail yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia iaitu Fadhilul Izmel Ishak, Sufian Hadi Mohd. Sojak dan Mohammad Rozaidi Zulkifli.
Status Bernhart yang mengemudi skuad B-22 pada ketika Sukan SEA hampir tiba?
TMJ: Baiklah, saya fikir buat masa ini, saya mahukan pasukan yang berbeza. Saya tidak nampak kami mampu bekerjasama, secara jujurnya. Tetapi saya rasa, dia mempunyai ideologi yang berbeza dan mempunyai cara yang berlainan. Saya mempunyai perbezaan dalam melaksanakan tugas.
Jadi, selepas anda semua mahukan saya jadi Presiden FAM, saya rasa semua orang seharusnya menghormati keputusan dan apa yang akan saya buat. Oleh itu, berikan saya ruang untuk saya lakukan sesuatu yang boleh meningkatkan prestasi skuad kebangsaan dalam tempoh masa singkat ini.
Sudah tentu sebenarnya kita mempunyai masa yang panjang, yang saya rasa kita perlu membawa masuk jurulatih dari luar ke Malaysia kerana kita perlu mempelajari semampu yang boleh daripada mereka. Jadi kita akan lihat, Kami akan melakukannya.
Kembali ke Part 3
Sambung ke Part 5
Sumber : UTUSAN