(PART 3) Melalui sidang media bersama Tunku Ismail yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia iaitu Fadhilul Izmel Ishak, Sufian Hadi Mohd. Sojak dan Mohammad Rozaidi Zulkifli.
Bilakah media boleh mengetahui perancangan Tunku terhadap skuad kebangsaan?
TMJ: Jika anda (media) mahu, hari ini pun boleh. Saya sudah ada Mario Gomez untuk menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee (skuad kebangsaan) dan memasukkan Datuk Kim Swee ke dalam skuad negara Bawah 23, untuk buat masa sekarang. Sudah pasti Gomez akan mempunyai pembantunya sendiri dan saya memberi kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan tapi sudah tentu saya akan memantau prestasinya.
Jika saya lihat ada peningkatan dari segi permainan dia (Gomez) boleh dikekalkan jika tidak menepati syarat yang ditetapkan kita harus menukarkannya. Bagaimanapun, untuk membuat pertukaran kita perlu memikirkan baki kontrak jurulatih yang sedia ada dan sudah pasti jika kita tidak mahukan mereka kita perlu membayar pampasan. Saya perlu beri keutamaan kepada duit dahulu. Saya ingin tahu berapa duit yang ada dalam akaun bank FAM. Orang saya akan melakukan audit dan segala-galanya.
Bilakah Mario Gomez akan memulakan tugas?
TMJ: Minggu ini (Gomez) mulakan tugas.
Apakah Tunku pasti dengan keputusan ini dan adakah ia dipersetujui Exco FAM?
TMJ: Saya pasti dengan keputusan ini dan saya rasa mereka juga akan bersetuju dengan keputusan saya ini. Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan memberi satu kenyataan bahawa dia tak sabar nak bekerjasama dengan saya.
Baiklah, saya masih fikirkan bahawa bajet FMLLP akan dibawa ke FAM kerana saya percaya, dia memang mahukan membantu dan menyumbang dalam dari segi tahap antarabangsa, pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan sepatutnya ahli gabungan.
Oleh itu, kalau ahli gabungan tak ada program pembangunan sendiri, mereka perlu berhati-hati dengan saya. Saya perlukan seseorang di atas bahtera saya yang akan bersama menuju ke arah yang penyokong tempatan ini mahukan. Mereka mahukan peningkatan dari segi penstrukturan, sistem.
Oleh itu saya rasakan, bajet ini akan diberikan kepada FAM, seterusnya akan diberikan kepada setiap ahli gabungan atau kelab yang menyertai. Jadi mereka akan ada program pembangunan belia, dengan bantuan daripada beberapa jurulatih yang sedia ada dalam Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Itu adalah pendapat saya, namun kita akan lihat, kami belum berbincang dengan lebih mendalam tentang perkara ini.
Apa kedudukan masa hadapan FMLLP?
TMJ: Saya akan menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah FMLLP, jadi saya akan periksa kerana saya mahu memeriksa apa niat mereka, apa yang mereka boleh lakukan untuk penambah baikan. Secara jelas, untuk melaksanakan tugasnya dan komitmen dan kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas itu, namun saya akan berterus terang, saya akan berlaku jujur dan telus. Dan setiap kali kalau terdapat sesuatu yang baharu, kami tidak akan berdiam diri. Saya sentiasa berhubung rapat dengan penyokong termasuk media.
Kembali ke Part 2
Sambung ke Part 4
Sumber : UTUSAN