(PART 5) Melalui sidang media bersama Tunku Ismail yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia iaitu Fadhilul Izmel Ishak, Sufian Hadi Mohd. Sojak dan Mohammad Rozaidi Zulkifli.
Bercakap tentang ahli gabungan yang gagal melunaskan gaji pemain, apa pandangan Tunku?
TMJ: Mereka sepatutnya serius, maksud saya mereka tahu tentang apa yang saya tetapkan, dan kalau terjadinya juga masalah sedemikian, orang tersebut tidak harus berada dalam persatuan.
Sepatutnya akan ada organisasi lain atau orang lain yang boleh melakukan tugas itu. Kerana kalau sesebuah pasukan itu tidak berupaya membayar gaji, ia jelas menunjukkan bahawa ia memerlukan pengurusan dana.
Di mana anda perlu RM10 juta dan anda mula berbelanja RM15 atau RM20 juta, seterusnya menimbulkan hutang. Oleh itu saya perlu mendidik semua ahli gabungan yang terlibat berbelanja mengikut kemampuan.
Kembali ke Part 4
Sambung ke Part 6
Sumber : UTUSAN