RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 30 Mac 2017

"Jangan terlalu hormat dengan JDT" - Pengurus Pahang

Kuantan: “Jangan terlalu hormat dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT).” Itu nasihat pengurus Pahang Datuk Che Nasir Salleh kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan suku akhir pertama Piala FA, Sabtu ini.
Justeru, beliau mahu kelebihan dimiliki skuad Tok Gajah apabila beraksi di Stadium Darul Makmur digunakan sebaik mungkin sambil berharap mampu mencatat kemenangan selesa sebagai bekalan.
“Sudah pasti kami mahu mencatat kemenangan apabila beraksi di laman sendiri. Kami akan dibantu sokongan padu penyokong yang mahu melihat Pahang layak ke final.
“Namun, semua itu memerlukan komitmen tinggi pemain yang diharap tidak terlalu menghormati lawan kerana mereka juara bertahan.
“Saya percaya dengan jurulatih (Dollah Salleh), Pahang akan meraih kemenangan sebelum bertemu pada aksi kedua nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Che Nasir berkata, sebagai tuan rumah, Pahang tidak seharusnya membenarkan pelawat menguasai perlawanan kerana bakal membawa padah.
“Pada pendapat saya, peluang Pahang untuk menang tetap ada tapi pemain perlu mempamer prestasi baik termasuk menyekat serangan lawan,” katanya.

Sumber : METRO