RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 30 Mac 2017

Andik hanya memaklumkan dia sudah pulih, Tapi kami tidak nampak bayang - Pengurus Selangor

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) meminta pemain sayap Andik Vermansyah (gambar tengah) menunjukkan komitmen untuk terus kekal bersama Merah Kuning dengan melaporkan diri bulan depan.
Pengurus pasukan Selangor Abd Rauf Ahmad menegaskan khidmat pemain Indonesia itu masih diperlukan skuad Red Giants musim ini namun dia harus melaporkan diri untuk pemeriksaan terhadap tahap kecederaan dialaminya.
“Memang kami masih memerlukan Andik tapi bergantung kepada tahap kecergasannya. Kami memintanya datang ke sini bagi menjalani pemeriksaan kecergasannya untuk mengetahui sama ada dia sudah pulih sepenuhnya.
“Setakat ini, Andik hanya memaklumkan kepada kami dia sudah pulih. Tapi kami tak nampak, jadi perlukan pengesahan menerusi pemeriksaan pegawai perubatan kita sendiri,” katanya ketika ditemui semalam.
Arena Metro sebelum ini melaporkan Andik masih mahu kekal bersama Red Giants sehingga kontraknya tamat sehingga hujung tahun ini namun spekulasi mengenai pemain itu yang kini diintai beberapa pasukan di Indonesia masih kuat diperkatakan.
Ketiadaan Andik yang berehat panjang akibat kecederaan lutut ketika beraksi dengan skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF, Disember lalu mendorong FAS membawa masuk pemain Timor Leste Juliano Mineiro Fernandes bagi melengkapkan kuota import Asia.
Mengikut perancangan awal, Andik akan kembali bersama pasukan sebaik pulih kerana Mineiro hanya mengikat kontrak sehingga Jun.
Bagaimanapun Rauf menjelaskan mereka masih belum membuat keputusan siapa pemain yang akan ditunjukkan jalan keluar bagi memberi ruang kepada Andik dengan skuad kendalian P Maniam turut memiliki dua pemain import, penyerang Victor Astafei dan pertahanan Ugo Ukah.
“Kita belum pasti sama ada Mineiro atau Astafei. Kami tidak mahu menyatakan perkara ini sekarang kerana semua pemain sedang berusaha membantu pasukan. Bagi saya semua pemain berusaha untuk mengekalkan tempat masing-masing dan persaingan ini boleh dikatakan sihat,” katanya.

Sumber : METRO