RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 30 Mac 2017

"Hantaq depa balik, ambil import baruq!" - Legenda pemain P.Pinang



Kuala Lumpur: “Hantaq depa (hantar mereka) balik, ambil import baru!” Itu cadangan legenda bola sepak negara dan Pulau Pinang Datuk Shukor Salleh kepada pengendali baru Zainal Abidin Hassan yang memulakan tugasnya, Isnin lalu.
Shukor yang sering tidak berselindung ketika meluahkan pendapatnya, tidak lagi sanggup melihat prestasi hambar Pulau Pinang apabila melabelkan pembelian Nigel Dabinyaba, Diogo Ferreira dan Andrew James Russell sebagai tidak berbaloi dan satu pembaziran.
“Selain kegagalan Ashley Westwood sebagai jurulatih, ketiga-tiga pemain import yang dibawa masuk itu langsung tidak memberi sebarang impak kepada pasukan. Malah, saya berani katakan taraf mereka tidak jauh berbeza dengan pemain tempatan.
“Salah satu sebab mengapa prestasi Pulau Pinang begitu teruk musim ini adalah kerana kesilapan membeli pemain import tidak berkualiti. Bagi saya mereka sekadar menghabiskan duit,” katanya.
Shukor berkata, Zainal tidak perlu memberi muka kepada ketiga-tiga pemain import berkenaan kerana ternyata mereka tidak memiliki kualiti diharapkan.
“Kita sudah beri mereka banyak peluang dalam perlawanan Liga Super serta Piala FA. Hasilnya seperti kita lihat sekarang.
“Dabinyaba yng dicanang sebagai penyerang hebat kerana pernah mewakili Papua New Guinea, hanya menjaringkan dua gol dalam lapan perlawanan liga.
“Bila pintu perpindahan dibuka nanti, elok jika Zainal cepat-cepat suruh mereka kemas barang dan tinggalkan Pulau Pinang. Carilah pemain import baru yang lebih berkualiti,” katanya.
Pada masa sama, Shukor berharap Zainal merombak barisan pemain tempatan bagi menggantikan beberapa pemain kurang efektif.
Malah, beliau sekali lagi menyarankan Zainal membentuk pasukan kejurulatihan baru dengan memecat semua pegawai yang dilantik Westwood bagi memastikan Pulau Pinang berwajah baru.

Sumber : METRO