KELANTAN bakal mempertaruhkan kesebelasan terbaik apabila melayan kunjungan Melaka United pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Ketua Jurulatih The Red Warriors, Zahasmi Ismail berkata, meskipun persiapan pasukannya tidak sempurna namun dia berjanji akan menurunkan barisan terkuat untuk berdepan skuad kendalian Eric Williams itu.
Menurutnya, dia sudah memiliki barisan bayangan yang akan diputuskan bersama oleh barisan kejurulatihan mereka pada sesi latihan pasukannya, petang semalam.
“Misi Kelantan adalah memburu kemenangan sulung apatah lagi mempunyai kelebihan bermain di gelanggang keramat serta di hadapan penyokong sendiri. Malah saya tengok keyakinan pemain juga cukup tinggi untuk bertemu Melaka United.
“Biasanya perlawanan pertama sukar diramal kerana kedua-dua pasukan mungkin tampil corak permainan berhati-hati tetapi apa cara sekalipun, Kelantan tetap mahu menang, pada perlawanan yang ditunda (tarikh belum diumunkan),” katanya semalam.
Dalam masa sama, Zahasmi memberitahu, dia tidak memandang rendah pendatang baharu Liga Super itu.
Karanya, skuad Hang Tuah membariskan ramai pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah, Faizal Muhammad dan G Puaneswaran selain penjaring sensasi yang juga kapten mereka, Ilija Spasojevic selain Sergio Aguero.
“Memang sudah lama Kelantan tidak bertemu Melaka United, kalau tak silap saya hampir lapan tahun. Sekalipun kita sudah sembilan tahun beraksi dalam Liga Super dan mereka datang daripada Liga Perdana namun sekarang tidak ada bezanya,” katanya.
Mengenai dua pemain import terbaharunya, Mamadou Danso dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin (Brazil) sama ada diturunkan atau tidak, Zahasmi memaklumkan, dia akan melihat perkara tersebut pada hari perlawanan.
SUMBER : SINAR HARIAN