RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 21 Januari 2017

Sinar Harian terus taja Kelantan



Pemain Kelantan terdiri daripada Indra Putra Mahayuddin (kiri), Mohd Norfarhan Muhammad, Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi, Mohd Ramadan Abd Hamid dan Norhafiz Zamani Misbah memperagakan jersi terbaharu pasukan itu.

KOTA BHARU - Gergasi Pantai Timur, Kelantan kembali dengan jersi keramat berwarna merah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Jersi merah akan digunakan untuk perlawanan di gelanggang keramat, selain biru serta oren di tempat lawan dipertontonkan kepada hampir 1,000 penyokong Kelantan yang hadir pada majlis pengenalan Konsortium Penaja Al-Hamra dan pelancaran Jersi TRW 2017 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), di Kota Bharu, semalam.
Majlis disempurnakan Pengerusi Konsortium Al-Hamra, Tan Sri Annuar Musa.

Hadir sama, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah, barisan tertinggi persatuan itu serta pemain dan pegawai TRW.

Turut hadir, Pengarah Urusan Chengal Jati Sdn Bhd, Datuk Ir Shaari Mat Hassan, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada, Ketua Pegawai Pemasaran redOne Network Sdn Bhd, Ben Teh.

Serentak dengan itu, turut diumumkan barisan penaja Konsortium Al-Hamra yang terdiri daripada sembilan syarikat iaitu Kumpulan Al-Hamra, redONE Network Sdn Bhd, ChengalJati Sdn Bhd, Konsortium e-Mutiara, Sinar Harian, Puspamara, MOCCIS Furniture, Skin Glow Glowing dan Yakult (M) Sdn Bhd.

Pada majlis itu juga, Kafa turut memperkenalkan dua pemain baharu mereka, Mamadou Danso dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin (Brazil) sekali gus melengkapkan kuota import bersama Mohammed Ghaddar (Lubnan) dan Morgaro Gomis (Senegal).

SUMBER : SINAR HARIAN