PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengumumkan perlawanan pembukaan tirai Liga Super, Kelantan lawan Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada malam ini ditunda.
Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, keputusan menunda perlawanan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Koordinasi Perlawanan Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan dan pegawai pertandingan, sebentar tadi.
"Kommisioner perlawanan dalam mesyuarat bersama kedua-dua pasukan jam 11 pagi ini memutuskan perlawanan Liga Super, Kelantan melawan Melaka United ditunda ke satu tarikh lain.
"Keputusan ini dibuat selepas pengawai pertandingan memeriksa permukaan padang di stadium dan mengambil kira faktor cuaca ketika ini yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain, ketidakselesaan penyokong dan kesan kepada fasiliti stadium," katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN