RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 21 Januari 2017

TSAM TROLL JDT LEPAS KALAH DENGAN KEDAH?








KUALA LUMPUR – Satu status paling ringkas di Facebook dari Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa malam tadi berjaya menarik perhatian ramai netizen yang percaya ia mempunyai maksud tersirat dan sinis.

Status berupa beberapa emoticon ‘ketawa menitis air mata’ itu dimuat naik beberapa minit selepas pasukan Kedah menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) dengan jaringan penalti 5-4 untuk merangkul Piala Sumbangsih 2017.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen Facebook Penasihat KAFA itu mendapati, rata-rata pengikut beliau percaya status tersebut merujuk kepada kejayaan Kedah menewaskan JDT dalam perlawanan tersebut.

Berikut beberapa komen yang menarik perhatian;-

“Piala Sumbangsih bukan sasaran JDT kerana mahu fokus AFC, BFC, CFC, DFC.. Sepatutnya penjaga gol ketiga JDT, K Sasikumar yang menjadi striker,” komen Wan Mohd Noor Azlan secara sinis.

Netizen yang menggunakan identiti Poknik Adie pula menganggap status berkenaan sebagai nakal.

“Hahahahha boleh tahan nakal TSAM (Tan Sri Annuar Musa) kito ni,” ulasnya.

“Orang lama bergurau tak perlu taip panjang-panjang. Cukup hantar emoticon saja,” kata Hendra Nascimento di laman berkenaan.

“Kalau Tan Sri ada kat Larkin boleh jemput Tan Sri bagi hadiah. Tak syok plak Kedah menang orang Kedah yang bagi hadiah. Baik main kat Stadium Darulaman,” tulis ÄFlän ÄFli.

Syed Leks pula menulis komen, “hahahaaaa…pade (cukup) post lagu (seperti) tu jah Ayah Warr (Annuar), orang faham dah maksud tu… hahahaaa dan hahahaaa lagi”.

“Nak suka tengok status TSAM (Tan Sri Annuar Musa)kali ni.. haha..”, komen Dahlia Sohana Mohd Mangsor.

Terdapat juga netizen yang mempersoalkan tanda aras tahap bola sepak negara susulan kekalahan JDT kepada Kedah.

“Team penanda aras kalah, pah guano (habis macam mana) penanda aras bola (sepak) Malaysia kita,” soal Ini Azman sinis.

Setakat ini status yang dianggap paling ‘win’ itu merekodkan lebih 4,000 tanda ‘like’ dan dikongsi oleh lebih 600 netizen serta hampir seribu komen dalam masa kurang sejam.

Terdahulu, JDT selaku tuan rumah seri dengan Kedah 1-1 dalam perlawanan 90 minit memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kekalahan JDT melalui sepakan penalti 5-4 itu menghancurkan terus impian Harimau Selatan untuk mencipta rekod hatrik merangkul Piala Sumbangsih setelah memenanginya dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2016. – SuaraTV