Penyokong TRW yang menantikan dengan penuh debaran nasib pasukan mereka bagi saingan Liga-M 2017 boleh menarik sedikit nafas lega setelah bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa seolah-olah memberikan jaminan sudah menemui ‘sinar’ baru bagi TRW 2017.
Ia merujuk kenyataan yang dimuatnaik di laman facebook beliau :
“Rupanya ramai yang cukup gembira bila melihat TRW berada dalam masalah. Tidak hairan kalau ‘lawan’ yang gembira. Tapi nampaknya ada juga ‘kawan’ yang tumpang gembira.
“Tapi bagi yang menganggap atau mengharap TRW hilang dari persada liga, mereka bakal kecewa. Kita tidak akan membiarkan itu terjadi.
“Setelah jelas semua tidak mahu, KAFA perlulah melipat gandakan usaha. Ambil segalanya sebagai pedoman dan sempadan.
“Kita akan tetap bantu sehingga TRW membentuk pasukan yang sesuai untuk bersaing di tahap Liga Super.
“Kita akan pastikan TRW tetap mampu membawa 3 lagi pemain import. Walaupun tanpa perlu berbelanja besar tidak bermakna kita tidak boleh mendapatjan pemain antarabangsa yang baik.
“Beri masa sehari dua lagi In Sha Allah ada sesuatu yang menggembirakan anda yang setia. Dan sedikit mengecewakan mereka yang mahu melihat kita gagal.
“Saya harap pemain dan pegawai bersiap sedia, bukan saja esok masih ada. Malah In Sha Allah esok yang lebih cerah buat TRW 2017.”