RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 17 Mei 2017

Ghaddar Setuju Tidak Menuntut Gaji Tertunggak Dengan KAFA


Dikhabarkan, Bekas Pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar tidak akan menuntut tunggakan gajinya bersama Kelantan selepas berhijrah ke JDT.

Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, Ghaddar setuju untuk tidak membuat tuntutan tunggakan gaji berjumlah lebih RM100,000 melalui surat pelepasan yang sudah ditandatangani bersama.

"Ghaddar setuju tidak tuntut bayaran gaji bulan ini beserta tunggakan selama beberapa bulan yang berjumlah lebih RM100,00.

"Mungkin ini boleh dianggap hadiah kepada KAFA kerana setuju melepaskannya bermain bersama JDT pada jendela perpindahan pertengahan musim ini," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya dakwaan yang mengatakan yuran transfer ditawarkan JDT untuk KAFA cecah RM5 juta, Nasir menafikan dakwaan tersebut.

"Palsu! Mustahil JDT mahu bayar transfer sampai RM5 juta untuk seorang pemain, Dahulu kami lepaskan Matyo kepada mereka pun dengan harga RM200,000 sahaja, takkanlah kali ini sampai cecah angka tersebut?

"Apa yang pasti ia memang cecah angka juta dan lebih tinggi daripada pernah diterima pasukan lain cuma tidak sampai lima juta.

"Harap peminat boleh faham apa yang kami terima tidaklah terlalu banyak seperti yang diuar-uarkan" katanya lagi.

Sumber : Foto Mohd Hanifz Tsnk.