TRW BERDUKA. OKIKI AFOLABI DISAHKAN ACL!
Pemain import baru TRW yang baru tiba Okiki Afolabi disahkan mengalami kecederaan ACL. Situasi membimbangkan ini ternyata membuatkan peminat TRW marah dan menyerang ejen pemain terbabit iaitu Marcelo Houseman di laman sosial Facebook dan laman Instagram. Tidak lupa juga di laman Facebook Tan Sri Annuar Musa.
Okiki Afolabi disahkan mengalami kecederaan ACL |
Marcelo Houseman seorang ejen FIFA atau lebih dikenali Bro M di kalangan peminat TRW mempunyai rekod buruk bersama TRW. Beliau yang bertanggungjawab membawa pemain import musim 2015 iaitu Austin Amutu dan Erwin Carillo. Austin Amutu mempunyai mutu permainan yang baik namun mengalami masalah injury prone. Begitu juga dengan Erwin Carillo yang sangat tumpul di depan gol serta masalah kecederaan. Maksud kami, pemain yang terlalu mudah cedera kerana ada rekod kecederaan lampau yang teruk.
TRW sering alami masalah pemilihan import berkualiti
Pasukan TRW sangat bermasalah sejak beberapa musim yang lalu dalam isu pemilihan import. Sering bertukar import setiap kali musim perpindahan pemain. Antara masalah utama ialah pemain import "sakit", pemain rekod lampau yang baik namun hilang momentum sebelum sertai TRW dan bukan pilihan jurulatih. Nama seperti Nwoha, Prince Tagoe, Kenmogne, Hussien Alaa sentiasa menjadi igauan buat peminat Kelantan. Terlampau teruk untuk diambil sebagai pemain import.
Di saat penyokong The Red Warriors (TRW) menanti untuk menyaksikan aksi pertama musim ini, pasukan itu mendapat tamparan hebat apabila pemain importnya, Okikiola Afolabi berkemungkinan mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL).
Pada awalnya, kecederaan pemain dari Nigeria itu menjadi viral selepas beliau menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua yang dilakukan pasukan perubatan di sini melalui imbasan MRI. Kegagalan ujian perubatan dan kecergasan buat kali pertama itu disahkan sendiri oleh ejen Okiki Afolabi, Marcelo Houseman kepada kami.
Pihak KAFA kini mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat perkembangan lanjut mengenai pemain muda berusia 22 tahun itu sebelum membuat sebarang keputusan. Dikhabarkan TSAM sudah mempunyai 5-6 calon pemain import lain jika pemain awal yang dibawa gagal dalam ujian kecergasan ketat yang dijalankan.
“Kita akan menunggu keputusan penuh daripada pasukan kesihatan sebelum membuat keputusan berhubung masa depan penyerang tersebut.
“Jadi saya harap penyokong dapat bersabar dan kita akan membuat keputusan terbaik demi masa depan pasukan,” katanya.
Pemain import baru TRW iaitu Okiki Afolabi, Cedric Djeugoue dan Mohammed Ghaddar |
Beberapa hari lalu, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kehadiran 3 calon import Kelantan yang bakal memperkuatkan pasukan The Red Warriors. Mereka adalah Okiki Afolabi, Cedric Djeugoue dan Mohammed Ghaddar. Lebih menarik pemain ini ditaja khas oleh pasukan konsortium yang dirancang oleh TSAM hasil gabungan beberapa buah syarikat demi menolongan kewangan KAFA dan TRW itu sendiri.
2 daripada 3 calon pemain import Kelantan tersebut dilaporkan masih gagal melepasi ujian kecergasan oleh pasukan perubatan pasukan Kelantan. Selain Okiki Afolabi yang dikhabarkan alami kecederaan ACL, seorang lagi pemain yang dibawa oleh Marcelo Houseman ialah Cedric Djeugoue dikatakan masih dalam pemerhatian status kecederaan beliau.
Marcelo Houseman diserang peminat TRW
Tidak senang duduk dibuatnya oleh Marcelo Houseman kerana diserang tanpa hentian soalan-soalan secara terus oleh peminat TRW di laman Instagram & Facebook milik beliau. Menariknya, Marcelo Houseman sendiri memulakan bicara pernah menghantar mesej kepada pihak kami menerangkan isu kualiti pemain import yang dibawa oleh beliau.
Beliau menegaskan Okiki Afolabi adalah penyerang yang baik malah merupakan anggota skuad aktif bagi peringkat bawah 20 dan 23 tahun Nigeria. Merupakan penjaring gol terbanyak di Liga Nigeria bersama Sunshine Star FC sebelum berhijarah ke Liga Utama Argentina. Manakala Cedric Djeugoue adalah pemain kebangsaan Cameroon di Piala Dunia 2014. Ternyata pemain dibawa miliki rekod lampau yang baik.
Namun bagi peminat TRW, rekod lampau bukan segalanya. Tiada istilah pemain Piala Dunia atau penjaring terbanyak kerana sudah banyak kisah lama mengajar mereka. Pemain import harus jalani ujian kecergasan ketat dan sesi pemilihan trial seperti yang lain. Tiada tawaran kontrak terus tanpa diuji terlebih dahulu.
Marcelo Houseman beri alasan perjalanan lama 30 jam
Marcelo Houseman telah memberi alasan Okiki Afolabi adalah bebas dari kecederaan ketika bermain untuk Talleras di Liga Argentina. Semalam Marcelo memberitahu kami bahawa kegagalan Okiki Afolabi dalam ujian awal adalah kerana masih dalam keletihan menempuh tempoh perjalanan yang jauh memakan masa 30 jam sebelum tiba di Kota Bharu.
Afolabi membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Talleras ketika menentang Estudiantes de la Plata. Pada sebelumnya, Okiki Afolabi gagal rebut tempat dalam skuad utama sebelum diarah bermain untuk skuad simpanan. Kecemerlangan ketika wakili skuad simpanan membolehkan TRW dipanggil membuat debut untuk pasukan Talleras. Dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, Afolabi diturunkan sebagai kesebelasan utama. Minit ke 46, Afolabi digantikan dengan Gonzalo Klusener.
Okiki Afolabi harapan penggempur utama TRW 2017 |
Pertemuan tersebut adalah penampilan pertama dan terakhir Afolabi dalam liga utama Argentina (Division Primera). Selepas itu tiada lagi kelibat Afolabi samada bersama pasukan utama mahupun liga simpanan.
Persiapan TRW terjejas
Kelantan dalam rangka persiapan untuk menentang Melaka United dalam perlawanan pertama liga mereka di Kota Bharu. Ia sudah pasti tamparan hebat untuk jurulatih Zahasmi Ismail. Sudah pasti Zahasmi mahu menyiapkan pemain-pemain ini secepat mungkin ke dalam pasukan dalam masa yang sangat singkat.
TRW harus segera membuat keputusan mengenai pemain import mereka kera masa sudah terlalu suntuk kerana tarikh pendaftaran akhir pemain adalah 22 Januari 2017.
Kelantan antara pasukan yang megharungi pra-musim 2017 yang kucar kacir. Bermula dengan isu menarik diri daripada liga Malaysia dan juga isu hutang dengan FAM. Mereka agak lambat untuk menyiapkan pasukan utama.
Apapun, kami ucapkan selamat maju jaya kepada skuad Zahasmi Ismail untuk perlawanan pertama liga berhadapan dengan pendatang baru yang sangat bersemangat, Melaka United.
Sumber : http://sembangbolaa.blogspot.my/