Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap untuk menilai kerugian yang dialami dalam sektor pertanian akibat banjir yang melanda pantai timur ketika ini.

"Sekarang kita masih belum menerima laporan lengkap berhubung kerosakan tanaman dan kerugian yang dialami petani kerana banjir masih belum surut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Kit Bantuan Makanan MOA kepada mangsa banjir di sekitar Kampung Kedap dan Kampung Lubok Gong di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang merangkap ahli Dewan Negara Srnator Datuk Abdullah Mat Yassin.- UTUSAN ONLINE