TUMPAT 4 Jan. - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja Wan Rufkhan Danial Wan Ramzan, 14, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir di Sungai Kelantan ketika meniti kayu balak hanyut di Kampung Laut semalam kembali diteruskan hari ini.
Operasi yang bermula 10.30 pagi itu melibatkan seramai 71 anggota penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPAM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis dan Persatuan Nelayan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata, operasi disambung hari ini selepas dihentikan pada 7 malam tadi.
"Walau pun berdepan arus deras air sungai Kelantan, tetapi operasi mencari diteruskan sehingga mangsa ditemui," katanya.- UTUSAN ONLINE.