RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 6 Januari 2017

OKIKI AFOLABI & CEDRIC DJEUGOUE SAH KE TRW 2017

OKIKI AFOLABI


Okiki Afolabi
 digosipkan antara pemain yang akan mengisi kekosongan pemain import pasukan Kelantan untuk musim 2017.
Penyerang muda miliki ketinggian 1.92m yang kini baru berusia 22 tahun merupakan sebahagian anggota pasukan kebangsaan Nigeria bagi peringkat umur U-20 and U-23.
Difahamkan Okiki Afolabi adalah salah seorang pemain dibawah agen Marcelo Houseman, agen FIFA yang sangat dikenali dalam kalangan peminat TRW.Agen ini juga bertanggungjawab membawa masuk Austin Amutu pada pertengahan musim 2015.
Okiki Afolabi sudah ditandatangani oleh pasukan Kelantan? Tanpa melalui sesi percubaan atau ujian kesihatan.
Afolabi & Talleres
Afolabi membuat kejutan di Nigeria apabila mampu meraih kontrak dengan 1 pasukan di Liga Utama Argentina. Tarelles De Cordoba, pada umur 21 tahun.
6 bulan selepas itu Afolabi sudah dikeluarkan dari pasukan utama. Jika benar kelantan ada melakukan rundingan dengan pemain ini, is mungkin dalam klausa pinjaman.
Walaupun pemain bukan dalam perancangan utama dalam skuad kendalian Frank Dario Kudelka tetapi mungkin Afolabi berada dalam pelan jangka panjang.
Primera Division adalah Liga dipenuhi oleh pemain bawah 25 tahun. Afolabi pemain yang berumur 22 tahun adalah perkara biasa di Liga itu. Jika Afolabi berada Liga Malaysia, beliau akan dipanggil pemain muda.
Afolabi kelihatan tidak mungkin mampu memecah masuk ke kesebelasan utama skuad Talleres.
Kudelta lebih gemar menurunkan pemain yang dibeli dari Boca Junior dengan harga €1.8 juta iaitu Sebastian Palacious. Pemain berusia 24 tahun ini selalu digandingkan dengan Carlos Munoz Rojas, 27.
Kudelta meletakan Gabriel Ramis, 22 dan Diego Menendez, 22 pada pilihan kedua. Gonzalo Kluseiner adalah pilihan seterusnya.
Afolabi berada di belakang 5 pemain ini untuk menjadi pemain utama Tellares bersama sama 3 pemain muda lain iaitu Prati,22 Bustos,19 dan Oliva,18.
Selepas Tellares mengharungi 14 perlawanan di Primera Division, Afolabi cuma meraih 41 minit permainan. Tiada pilihan lain untuk pemain ini meraih minit permainan selain keluar secara pinjaman atau tetap.
Sama-sama kita lihat kemampuan pemain ini pada musim 2017.
Rekod Jaringan Afolabi bersama pasukan Sunshine Star di Liga Utama Nigeria.
Difahamkan Afolabi sudah berada di Kuala Lumpur bersama agen Marcelo Houseman



CEDRIC DJEUGOUE


TRW dijangka mengikat kontrak bekas pemain Cameroon, Cedric Djeugoue yang pernah beraksi di kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Pertahanan muda ini baru berusia 24 tahun dan merupakan pemain di kelab Ittihad Tanger di Liga Utama Morocco. Kelab tersebut menduduki tangga ketiga sekarang dalam saingan liga.
Miliki ketinggian 1.83m dan beraksi di bahagian pertahanan tengah. Sudah mengumpul 7 caps bersama skuad kebangsaan Cameroon. Selain itu, Djeugoue turut dalam skuad Africa Cup of Nations 2015 namun tidak diturunkan.
Sebelum Piala Dunia, Djeugoue hanya bermain tiga kali untuk pasukan Cameroon itu. Walaupun kekurangan pengalaman, beliau telah dipilih untuk memulakan permainan pertama Cameroon menentang Mexico pada Piala Dunia 2014. Beraksi 45 minit dan menang 1-0 keatas Mexico. Menariknya, dia diantara hanya beberapa orang pemain sahaja bukan berpengkalan bermain di Eropah mewakili Cameroon. Baru 22 tahun sudah dapat kepercayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi dunia.
Semasa latihan Djeugoue telah digelar “Laurent Blanc” oleh rakan sepasukannya, kerana permainan umpama lagenda pertahanan tengah Perancis itu.
Pertahanan tengah merupakan antara posisi yang menjadi masalah terbesar TRW. Pada musim lepas Jonathan Mc Kain lebih banyak dibelenggu kecederaan memaksa TRW menggunakan tenaga kudrat pemain tempatan untuk mengekang kubu pertahanan.
Seorang pemain import Asia juga akan datang ke Kota Bharu sedikit masa lagi. Dijangka beraksi di posisi tengah.