RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 6 Januari 2017

Chapecoense kembali beraksi


SAO PAULO: Kelab bola sepak Brazil, Chapecoense semalam berkata mereka akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pada 21 Januari ini - aksi pertama sejak hampir keseluruhan skuad utama pasukan itu terkorban dalam nahas kapal terbang. 

Pasukan yang dibentuk semula selepas tragedi yang menamatkan kisah dongeng mereka, akan menerima kunjungan pasukan utama liga Brazil, Palmeiras pada aksi persahabatan itu. 

Chapecoense menyinar daripada kelab kerdil yang mara ke perlawanan final kejohanan serantau, Copa Sudamericana - kejohanan yang dianggap setaraf dengan Liga Europa di Eropah. 

Bagaimanapun, 19 pemain Chapecoense dan 24 ahli kelab lain terkorban dalam nahas itu apabila kapal terbang yang dinaiki terhempas di kawasan pergunungan Colombia pada 28 November lalu ketika dalam perjalanan ke perlawanan final itu. 

Tiga pemain terselamat iaitu pemain sayap, Alan Ruschel, pertahanan Helio Neto dan penjaga gol, Jackson Follmann yang kakinya terpaksa dipotong. 

Presiden Chapecoense Plinio, David De Nes Filho ketika ditemui pada sidang media berkata perlawanan persahabatan itu sebagai isyarat "perpaduan oleh kelab saudara kita Palmeiras yang berusaha menemani kami ketika saat sukar ini." - AFP
- BERITA HARIAN