RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 28 Januari 2017

FIFA dedahkan Perbelanjaan terlampau mewah kelab Liga China

Carlos TEVEZ bergaya bersama jersi kelab baharunya Shanghai Shenhua
CARLOS TEVEZ bergaya bersama jersi kelab baharunya Shanghai Shenhua ketika diperkenalkan dalam sidang akhbar pada Januari lalu. ZURICH 27 Jan. – Kelab bola sepak di China sanggup membelanjakan AS$450 juta dolar (RM2 bilion) untuk membeli pemain berprofil tinggi penghujung tahun lalu, menurut satu laporan yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Laporan itu juga menjelaskan, jumlah tersebut adalah lebih dua setengah kali ganda daripada perbelanjaan tahun sebelumnya pada 2015. Perbelanjaan mewah kelab China ini merujuk kepada pembelian pemain seperti Oscar daripada Chelsea dan Carlos Tevez daripada kelab Argentina yang sekali gus mencetuskan fenomena dan kebimba­ngan bola sepak dunia. Malah ia amalan kelab China itu turut dikritik pengendali pa­sukan dan media sehingga memaksa kerajaan China campur tangan dengan memperketatkan peraturan mengehadkan jumlah pemain luar yang boleh dibeli dan dibenarkan beraksi dalam liga bola sepak negara itu. Dari segi jumlah keseluruhan pemain yang dibeli pula, laporan itu menyebut, kelab China telah menandatangani seba­nyak 159 pemain sepanjang tahun 2016. Pembelian itu membabitkan perbelanjaan sebanyak AS$451.3 juta dolar berbanding hanya AS$168.3 juta dolar pada 2015 dan tujuh kali ganda berbanding 2013. Jumlah itu juga adalah 344 peratus lebih tinggi berbanding perbelanjaan keseluruhan kelab-kelab bola sepak yang terdapat di benua Asia selepas dicampur ke­semuanya. Berdasarkan situasi terbaharu itu, China kini menduduki tempat kelima sebagai negara yang yang mencatat perbelanjaan ter­tinggi dalam industri bola sepak selepas England (AS$1.37 bilion dolar), Jerman (AS$576.4 juta dolar), Sepanyol dan Itali. – REUTERS SUMBER : UTUSAN