RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 15 Mac 2016

TUNGGAKAN GAJI CARRILLO DIBAWA KE FIFA

tunggakan-gaji-carrillo-dibawa-ke-fifa
Bekas import Kelantan, Erwin Carrillo telah menyerahkan kes tunggakan gajinya (RM224,000) oleh bekas majikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kepada badan bola sepak dunia FIFA.
Carrillo akui kecewa dengan KAFA ekoran tiadanya sebarang jawapan dari persatuan itu walaupun sudah menghantar surat pemberitahuan menerusi Persatuan bOla Sepak Malaysia (FAM).

Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan telah menghantar dua surat oleh peguamnya namun masih tiada sebarang maklum balas.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor sebelum ini menegaskan persatuan itu tidak pernah 'melarikan diri' sebaliknya akan menyelesaikan kesemua tunggakan dalam masa terdekat.

Selain Carrillo, KAFA juga masih belum menyelesaikan tunggakan oleh 5 pemain tempatan iaitu, Amiridzwan Taj, Mohd Fitri Omar, Amar Rohidan, Fakri Saarani dan Nazri Ahmad.