RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 17 Mac 2016

Aura Camp Nou membuat Dato Vida bersemangat membawa perubahan PQTRW

Barcelona pula gamit Dr Vida untuk pembangunan Kelantan

BARCELONA: Lawatan pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Dr Vidab ke Sepanyol nyata berbaloi apabila berpeluang menyaksikan perlawanan secara langsung antara Barcelona menentang Arsenal bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Camp Nou, di sini, sebentar tadi.
Meskipun tiket dibeli saat akhir selepas menaiki tren ke sini selama tiga jam malam tadi, namun ia cukup memuaskan hati Dr Vida atau nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang ingin mencari pembaharuan demi pembangunan bola sepak Kelantan.
Dengan semangat yang dibawa, beliau hanya sempat berehat selama 15 minit sebelum bergegas ke stadium keramat The Catalan itu bersama keluarganya.
Tambahan pula, walaupun hujan di sepanjang perlawanan itu sehingga mencapai satu darjah celsius, Dr Vida tetap tidak berganjak daripada bangku kerana ingin menyaksikan perlawanan Arsenal selaku pasukan kesayangannya.
DR Vida menyaksikan perlawanan Barcelona menentang Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, malam tadi waktu Sepanyol. – Foto Mohd Zulkifli Zainuddin “Saya rasa seolah-olah bermimpi apabila akhirnya dapat menyaksikan perlawanan yang cukup hebat.
Saya tidak jangka dapat menyaksikan perlawanan ini walaupun Arsenal tewas 5-1 agregat di tangan Barcelona.
“Keadaan di sini amat luar biasa dengan penyokong yang begitu setia menunggu perlawanan tamat walaupun cuaca amat sejuk. Apapun saya lihat ada beberapa perkara yang boleh membawa perubahan kepada Kelantan sebaik saja pulang nanti,” katanya.
Sebelum itu, Dr Vida juga sempat menyaksikan perlawanan Atletico Madrid menentang PSV Eindhoven di Stadium Vicente Calderon, Madrid, semalam.
Dr Vida berkata, sebaik melihat perlawanan pasukan Eropah secara langsung di pentas mereka terutamanya aksi Liga Juara-Juara, jiwanya untuk membawa perubahan kepada Kelantan semakin membuak-buak.
“Saya akan cuba memastikan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) setaraf dengan pasukan Eropah, namun saya mahu penyokong turut memberi sokongan kepada saya. Saya hanya peniaga kosmetik yang bergantung 100 peratus kepada jualan produk.
“Apa yang penting, perubahan yang akan dibawa kepada Kelantan dan saya akan membuat kajian secara menyeluruh nanti. “Bagi permulaan, saya rasa PQPTRW memerlukan jurulatih yang kuat, pemain yang bagus dan import yang sangat berkualiti.
Tidak ketinggalan penyokong harus setia menyokong pasukan kesayangan mereka…jangan pula apabila kalah terus undur,” katanya.
DR Vida menyaksikan perlawanan Barcelona menentang Arsenal pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, malam tadi waktu Sepanyol. – Foto Mohd Zulkifli Zainuddin
sumber dan Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134426