RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 14 Mac 2016

Treler mengganas rempuh 20 kereta penyokong JDT

Melaka: Lebih 20 kenderaan pelbagai jenis milik penonton perlawanan bola sepak Liga
Super antara PDRM dan JDT yang diparkir di tepi jalan di Lebuh Sungai Udang-Paya
Rumput-Ayer Keroh (SPA), mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat dirempuh
kenderaan berat.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, dentuman kuat akibat rempuhan itu
kedengaran hingga ke dalam Stadium Hang Jebat.
Sehingga tengah malam tadi, polis bagaimanapun masih belum memberi maklum balas
mengenai kejadian itu.
Difahamkan kenderaan terbabit dirempuh sebuah treler berikutan laluan menjadi sempit
kerana kenderaan diletak di kiri dan kanan jalan.
Pix Hilmie

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 12:03 AM
Banyak kenderaan yang rosak. - Foto Ihsan Pembaca