Penyerang Berbisa no.10 Kelantan FA, Norfarhan Muhamad atau lebih rapat dikenali sebagai BEN10 dikhabarkan keadaannya sudah pulih 100% dari kecederaan menyebabkan terlepas banyak perlawanan dan sudah semestinya pemain ini amat diperlukan untuk menguatkan lagi barisan hadapan
Pemain ini dikatakan tidak sabar kembali bermain dan mahu bekerja keras merebut semula kesebelasan utama dan dijangka bakal disenaraikan 18 pemain untuk aksi Liga super bertemu Pulau Pinang 25 mei nanti sebelum Bulan Ramadhan bakal menjelma