Pemain ini sangat aktif meluahkan perasaan di media sosial sekaligus ramai penyokong Kelantan FA mengikuti pekembangan pemain sedang meningkat naik tetapi, ketika pasukan Kelantan FA mengalami masalah gaji tertunggak sebelum ini (awal 2017 sudah selesai), pemain ini menyatakan sungguh kecewa dengan pihak pengurusan pasukkannya sehinggakan pemain ini tweet memberi klu di twitter seolah-olah mahu cari pasukan baru.
Namun, hari ini terjawab staus pemain ini, Qayyum menyatakan tetap mahu setia bersama Kelantan FA dan menafikan perpindahan ke pasukan lain apabila ditanyakan soalan penyokong Kelantan FA melalui media sosial Instagram,
"Dop, setia bersama dengan kelantan" maklum balas Qayyum dengan loghat kelate
Semoga terus maju jaya buat pemain ini bersama Kelantan FA.