RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 26 April 2017

United pasukan pertama berminat kukuh dengan Griezmann dan datang bertemu dengan kami - Ejen Griezmann


Madrid: Manchester United menunjukkan ‘minat kukuh’ mendapatkan penyerang Atletico Madrid Antoine Griezmann.
Pemain terbabit mempunyai klausa tebus kontrak untuk pelepasan bernilai £85 juta (RM476 juta).
Perkara itu didedahkan oleh ejen penyerang Perancis itu, Eric Olhats.
United kini menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dan paling sedikit menjaringkan gol berbanding enam pasukan teratas.
Mereka meletak sasaran mengukuhkan serangan dengan mendapatkan Griezmann yang meledak 25 gol untuk Atletico musim ini.
"Kami kini berada pada peringkat mengumpul maklumat daripada kelab yang menunjukkan minat tinggi terhadapnya," kata Olhats memberitahu stesen televisyen Perancis, Téléfoot.
"Terdapat klausa £85 juta (RM476 juta) jadi ia mengehadkan jumlah calon. Kelab berminat adalah United, (Manchester) City, Chelsea, Barcelona dan Real Madrid.
"Manchester United pasukan pertama menunjukkan minat, datang bertemu kami dan menyatakan minat kukuh dengan meletak harapan tinggi."
Jentera serangan United kini kurang mantap selepas peledak utama Zlatan Ibrahimovic disahkan tidak dapat beraksi selama semusim akibat kecederaan lutut yang dialami ketika perlawanan Liga Europa menentang Anderlecht.
Pemain tengah yang cedera Juan Mata selaku penjaring terbanyak musim ini untuk kelab itu dengan enam gol sementara penyerang berusia 19 tahun Marcus Rashford dengan lima jaringan.
United akan berdepan Manchester City awal pagi Jumaat ini dengan dua pasukan terbabit mengejar slot Liga Juara Juara (UCL).

Sumber : METRO