Tergempar! Menerusi post terbaru di halaman facebook Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa ada pasukan Liga Super cuba untuk lamar Mohammed Ghaddar pemain import berbisa TRW 2017 yang berjaya menjaringkan 16 gol setakat ini.
Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mahu memandang wang tawaran dari pasukan liga super tersebut (tidak didedahkan nama pasukan) untuk mengambil pemain negara kelahiran Lubnan, Tan Sri Annuar Musa juga berkata
"Ghaddar saya bawa secara jimat tanpa agent fee, Kita berjaya jimatkan ratusan ribu."
Malah Tan Sri Annuar Musa mengatakan pemain import Kelantan itu sudah dianggap seperti anak sendiri itu bermakna Kelantan tidak akan lepaskan Ghaddar dengan mudah walaupun ditawarkan tawaran yang besar.
Tan Sri Annuar Musa juga menyebut bahawa akan ada pemain import baru dikatakan kembar baru bakal bergandingan dengan ghaddar tapi keputusan akan diumunkan selepas game lawan Pahang FA 6 Mei 2017.
Bukan itu sahaja, Tan Sri Annuar Musa juga akan membawa rakan kerja dari Amerika Latin untuk membantu Coach Zahasmi Ismail untuk mengharungi baki perlawanan liga Super 2017 dan Piala Malaysia 2017 bakal tiba.
Sumber : Kelantan Football Team.