Adalah ditetapkan bahawa format dan kelayakan Piala Malaysia adalah kekal seperti tahun sebelumnya.
Mengikut format ini, 16 pasukan akan layak secara automatik ke Piala Malaysia 2017 selepas berakhirnya perlawanan kesebelas liga dengan kedudukan berikut :
i. Pasukan Liga Super berkedudukan 1 hingga 11 selepas perlawanan LS11 pada 26 April 2017
ii. Pasukan 100PLUS Liga Premier berkedudukan 1 hingga 5 selepas perlawanan LP11 pada 25 April 2017
ii. Pasukan 100PLUS Liga Premier berkedudukan 1 hingga 5 selepas perlawanan LP11 pada 25 April 2017
Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 balang berasingan mengikut turutan kedudukan liga seperti berikut :
i. Balang 1 – Pasukan Liga Super berkedudukan 1 hingga 4
ii. Balang 2 – Pasukan Liga Super berkedudukan 5 hingga 8
iii. Balang 3 – Pasukan Liga Super berkedudukan 9 hingga 11 dan pasukan Liga Premier berkedudukan 1
iv. Balang 4 – Pasukan Liga Premier berkedudukan 2 hingga 5

Format dan pembahagian kumpulan ini adalah seperti termaktub di dalam Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017
Untuk menentukan posisi kumpulan Piala Malaysia 2017, majlis undian rasmi akan diadakan dan dimaklumkan kemudian setelah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP.
Piala Malaysia 2017 dijadualkan bermula pada bulan Julai dan Perlawanan Akhir pula dijaduakan pada penghujung Oktober.
Sumber Penulisan : FMLLP