KELANTAN gagal merealisasikan misi meraih tiga mata penting di laman sendiri apabila tunduk 1-2 kepada Pahang pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Sekalipun mendahului satu gol pada babak pertama namun skuad kendalian Zahasmi Ismail gagal mempertahankan kelebihan tersebut apabila terpaksa akur dengan dua gol pantas dalam tempoh dua minit, pada babak kedua.
Pelawat terlebih dahulu menguji pintu gol tuan rumah seawal minit kedua menerusi sepakan penjuru kaptennya, Matthew Davies namun tandukan Matheus Alves Leandro mudah diselamatkan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.
Enam minit berselang, gawang The Red Warriors cemas lagi apabila Wan Zaharulnizam Wan Zakaria mengumpan tepat kepada Alves Leandro namun rembatan kencangnya terkena jaring sisi sebelah luar.
Menuju minit ke-15, baharulah tuan rumah berpeluang mencipta gerakan berbahaya apabila Mohammad Rozaimi Azwar Mat Nor menolak kepada Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim namun percubaannya sedikit melewati palang.
Seminit kemudian, tuan rumah tanpa diduga berjaya memecahkan kebuntuan apabila lorongan cantik Indra Putra Mahayuddin berjaya disudahkan penyerang import sensasi, Mohammed Ghaddar yang memperdayakan tiga pertahanan lawan sebelum menolak masuk untuk menewaskan Wan Muhammad Azraie Wan Teh di pintu golnya.
Tersentak dengan jaringan itu, pelawat kembali melancarkan serangan namun hantaran berbahaya Mohamadou Sumareh sempat ditanduk keluar Norhafiz Zamani Misbah sekali gus gagal disambar Alves Leandro, pada minit ke-23.
Skuad Tok Gajah yang mendominasi permainan selepas itu terus melancarkan gerakan bertali arus namun benteng pertahanan Kelantan yang diterajui Mamadou Damso cukup ampuh mengekang serangan pelawat.
Alves Leandro jelas kecewa apabila bola tandukannya berpunca sepakan penjuru Muhammad Nor Azam Abd Azih gagal menepati sasaran dua minit kemudian disusuli sepakan bebas Hae Jae-Won sempat ditepis keluar, pada minit ke-44.
Minit-minit akhir, pelawat sekali lagi memberi tekanan namun benteng pertahanan tuan rumah berdisiplin tinggi apabila Danso menampan keluar bola tandukan berbahaya Muhammad Nor Azam sebelum Khairul Fahmi menggagalkan percubaan Alves Leandro untuk kedudukan 1-0 kekal, pada babak pertama.
Tuan rumah berpeluang menggandakan jaringan sebaik lima minit babak kedua bersambung apabila Mohammad Rozaimi Azwar bijak melintang bola ke dalam kotak penalti namun gagal disambar Mohammed Ghaddar setelah Davies terlebih dahulu menanduk keluar di depan pintu golnya.
Menghampiri minit ke-58, Kelantan sekali lagi terlepas peluang untuk menjarakkan kedudukan apabila sepakan percuma Indra Putra gagal ditolak masuk Danso ketika dia hanya berdepan situasi satu lawan satu dengan Wan Muhammad Azraie.
Namun dua minit kemudian, kedudukan kembali seimbang apabila Wan Zaharulnizam yang tidak dikawal mudah merembat masuk gol penyamaan setelah menerima umpanan Alves Leandro dari tepi padang.
Malah skuad kendalian Dollah Salleh selesa mendahului 2-1 apabila Alves Leandro menghukum kerapuhan benteng pertahanan Kelantan dengan menolak masuk ke gawang yang ternganga luas setelah memperdayakan Khairul Fahmi, pada minit ke-62.
Tuan rumah yang kembali melancarkan serangan balas pantas hampir menyamakan kedudukan tetapi percubaan leret Mohammed Ghaddar sempat ditampan penjaga gawang pelawat, pada minit ke-73.
Malah anak buah Zahasmi sekali lagi gigit jari apabila tolakan pemain gantian, Mohd Danial Ashraf Abdullah setelah menerima hantaran Mohammad Rozaimi Azwar hanya sedikit tersasar di pintu gol, tiga minit kemudian.
Indra Putra hampir memberikan gol penyamaan yang dinantikan hampir 3,000 penyokong setia tuan rumah namun sepakan bebasnya pada minit ke-88 hanya sedikit melewati palang.
Peluan terakhir tuan rumah untuk mencuri satu mata hadir pada masa kecederaan penghujung permainan namun tandukan Fakrulzaman Wan Abdullah Zawawi hasil lambungan Mohammed Ghaddar dinafikan penjaga gol lawan.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN – Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Faizol Nazlin Sayuti), Norhafiz Zamani Misbah (Fakrulzaman Wan Abdullah Zawawi), Mamadou Danso, Mohd Farisham Ismail, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, Mohammad Rozaimi Azwar Mat Nor, Mohd Badhri Radzi (KP), Indra Putra Mahayuddin, Mohd Khairul Izuan Rosli (Mohd Danial Ashraf Abdullah) dan Mohammed Ghaddar.
PAHANG – Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Muhammad Nor Azam Abd Azih, Matthew Davies (KP), Mohamad Muslim Ahmad (Mohd Saiful Nizam Miswan), Mohd Afif Amiruddin, Hae Jae-Won, Mohd Faisal Mohd Rosli, Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Joseph Kalang Tie), A Salamon Raj (Mohamad Ashari Samsudin) dan Matheus Alves Leandro.
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Mohd Nafeez Abd Wahab
Penolong Pengadil 1: Muhammad Juhairi Idris
Penolong Pengadil 2: Ahmad Faizal Mamat
Pegawai Keempat : Mohd Hasrol Mohd Amir
Kommissioner Perlawanan : Zahrul Nizam Mohd Salleh
Penilai Pengadil : Rosdi Shaharul
Koordinator Perlawanan : Abdul Azim Che Hassan
Sumber : SINAR HARIAN