Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM akan menggunakan wang daripada simpanan tetap persatuan dan akan dibayar kepada setiap pasukan minggu depan.
Tunku Ismail berkata, selepas kesemua hutang itu diselesaikan, setiap pasukan yang bertanding juga perlu melangsaikan hutang masing-masing dengan segera dan tidak lagi memberikan pelbagai alasan atau berdepan dengan tindakan tegas.
“Walaupun tiada duit kami akan guna sumber daripada simpanan tetap. Pasukan Liga Super mendapat RM500,000 manakala Liga Perdana RM240,000.
“Selepas itu mereka juga mesti bayar hutang kalau tidak tindakan akan diambil termasuk pemotonhan mata,” tegas Tunku Ismail. - UTUSAN ONLINE