RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 10 Februari 2017

TRW bakal menghadapi kesukaran menentang Felda United


KOTA BHARU: Selepas meraih kemenangan selesa pada aksi pembuka tirai saingan Liga Super, pemain The Red Warriors (TRW) diramal berdepan situasi sukar apabila berdepan dengan FELDA United di Jengka, malam esok.

Ketua Jurulatih TRW, Zahasmi Ismail, berkata pemain skuad 'Gomo Kelate Gomo' perlu mengambil sikap waspada kerana setiap perlawanan dalam Liga Super penuh kejutan, sukar dan mencabar.

Katanya, FELDA United bukan calang-calang pasukan dan beberapa pemain perlu diawasi dalam aksi itu nanti.

"FELDA pasukan hebat malah memiliki khidmat pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) serta import berwibawa Zah Rahan Krangar.

"Pemain TRW dianggap melakukan kesilapan jika memandang rendah keupayaan lawan. Harus diingat mereka adalah naib juara Liga Super 2016.

"Kejayaan The Figthers mengikat Juara Piala Sumbangsih, Kedah 1-1 di tempat sendiri Sabtu lalu harus menjadi pedoman buat pemain TRW supaya mengelak melakukan kesilapan mudah," katanya mengulas pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super musim ini.

Sementara itu, Penolong Jurulatih TRW, Sidek Shamsudin berkata, perlawanan ini adalah satu tugas getir yang sedang menanti pemain Kelantan disamping terpaksa bergelut dengan susunan jadual perlawanan yang padat bulan ini.

Katanya, rekod pertemuan lima perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan, TRW hanya menang dua perlawanan, satu kalah dan dua seri manakala FELDA United, menang empat perlawanan dan hanya tewas sekali.

"Prestasi FELDA United pada musim ini cukup konsisten dan pemain mereka sudah semestinya mahu mengekalkan rentak kemenangan mereka di tempat sendiri," katanya


SUMBER : BERITA HARIAN