RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 11 Februari 2017

"Saya masih menang tanpa bertanding kerana saya seorang yang borang diterima secara rasmi" - TSAM


Kota Bharu: “Setakat ini (kelmarin), saya masih menang tanpa bertanding (Presiden FAM) kerana saya seorang yang borang diterima secara rasmi,” kata Tan Sri Annuar Musa (tengah).

Jelasnya, buat masa kini, belum ada sebarang maklum balas daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim termasuk calon lain.

Annuar berkata, ini bukan pilihan raya tetapi berkaitan proses transformasi untuk menyelamatkan maruah bola sepak negara.

Katanya, apa yang pasti, beliau enggan menyentuh (menyerang) peribadi orang lain, sekadar memenuhi tugas dan tanggungjawabnya sebagai peminat bola sepak.

“Jika berlaku pertandingan sekalipun, ia akan berlangsung dalam harmoni. Saya tidak akan lakukan kempen, lobi-melobi dan juga tiadanya kumpulan.

Kita sudah ada 39 perwakilan daripada ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Itu sudah cukup.

“Biarlah proses demokrasi itu dapat diamalkan dan kita sekarang bercakap mengenai elemen integriti, bersih dan telus. Elemen itu kena dimulakan sejak proses pemilihan pada peringkat awal lagi,” katanya.

Sebelum itu, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu disambut meriah kira-kira 1,000 penyokong setia The Red Warriors (TRW) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

Annuar turut menyampaikan ucapan pertamanya di Kelantan sebaik direhatkan daripada menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berhubung tajaan pasukan Kelantan menerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Dalam ucapan selama 10 minit itu, beliau berkata siasatan sedang rancak dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pegawai KAFA dan berharap perkara itu diselesaikan segera.

Beliau juga tidak akan berpakat dengan semua pihak termasuk kakitangan KAFA dan MARA berhubung siasatan itu, namun, mereka diminta bekerjasama dengan memberi segala keterangan tanpa melindungi mana-mana pihak.

Ketika ditanya mengenai pendiriannya sebelum ini yang menyokong TMJ menjadi Presiden FAM, Annuar berkata, tidak dinafikan, beliau pernah menghubungi Tunku Ismail supaya bertanding, namun, senario itu berubah sebaik dirinya difitnah.

Katanya, akibat fitnah itu, maruahnya banyak tercalar kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

“Saya ahli politik yang bukan kaya, bahkan, tidak sekaya orang lain. Harga diri saya adalah integriti dan khidmat saya kepada rakyat. Apabila integriti dan rekod khidmat saya tercabar, maka perlulah saya mempertahankannya.

“Bukan soal menang atau kalah, bukan soal pakat atau bodek kerana saya tahu, ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam bola sepak,” katanya.

SUMBER : HARIAN METRO