Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun itu tiba di Balai Polis Kampung Tawas untuk diambil keterangan.

Mereka bagaimanapun dibawa oleh pegawai penyiasat ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sebelum kembali semula di balai polis tersebut kira-kira pukul 2.25 petang.

Usaha pemberita untuk menemubual kesemua mereka gagal apabila tidak keluar dari balai polis berkenaan walaupun selepas pukul 8.30 malam.

Pemerhatian mendapati, kesemua mereka dilihat duduk dan berswafoto sesama mereka selepas diambil keterangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah merakam percakapan kesemua individu tersebut dan mereka juga dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, pihaknya juga akan melengkapkan siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada pihak atasan.
Utusan Malaysia difahamkan beberapa remaja tersebut telah memohon maaf secara peribadi kepada Majlis Bandaraya Ipoh.