RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 25 Januari 2017

TRW terpaksa tukar venue latihan


Kota Bharu: Masalah padang becak akibat banjir sejak Jumaat lalu, memaksa Kelantan mengadakan latihan luar negeri ini.
Keputusan itu dibuat barisan kejurulatihan Kelantan selepas padang Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, dilaporkan tidak sesuai untuk pemain melakukan latihan.
Kesemua pemain dan pegawai berlepas ke Kuala Lumpur, semalam dan dijangka mengadakan latihan tiga hari di Selangor sebagai persiapan menghadapi PKNS FC, Jumaat ini.
Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail (gambar) berkata, mereka menghadapi kesukaran untuk berlatih disebabkan padang stadium bertakung dengan air, selain permukaannya yang tidak rata serta becak.
Katanya, keadaan itu boleh mengundang risiko kepada pemain seperti kecederaan sekali gus merencatkan pembentukan pasukan.
“Diakui, sepanjang empat hari berlatih, kami tidak boleh melakukan latihan secara agresif kerana faktor padang yang tidak sesuai. Yang disepak bukan bola tapi tanah selut.
“Untuk menguji tahap keberkesanan tiga import, Mohammed Ghaddar, Mamadou Danso serta Alessandro Padovani Celin bersama pemain tempatan juga tertangguh,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Latihan Pertanian MARDI, di sini, petang kelmarin.
Kelantan bakal membuka tirai perlawanan sulungnya menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat ini, selepas perlawanan pertama bertemu Melaka United, Sabtu lalu, terpaksa ditunda berikutan hujan lebat dan padang ditakungi air.

SUMBER : METRO