Hari ini, Hairuddin Omar atau dikenali Hai-O mengemaskini status di facebook beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan mendaftar 2017 tetapi tak bayar gaji tunggakan, tetapi Hai-O tidak menyebutkan pasukan manakah yang dimaksudkan.
"Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia yang berjaya mendaftarkan diri untuk bertanding pada musim 2017 WALAUPUN gagal membayar tunggakan gaji pemain, gagal membayar caruman EPF kepada pemain.
"Tahniah kerana berjaya menandatangani pemain-pemain import yang hebat-hebat walaupun dikatakan tiada wang untuk membayar pemain sedia ada yang sudah berbulan-bulan gaji tertunggak.
"Tahniah semua! Inilah yang dikatakan kejayaan bolasepak Malaysia yang berkelas dunia!
Tahniah, and semua memang hebat!" katanya HAI O di facebook
Sumber : FACEBOOK
Hairuddin Omar (Official fan page)