AKSI beberapa pemain Kelantan (berjersi merah) ketika bertemu MIFA FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium USIM, Seremban petang tadi.-UTUSAN/ABD. RAZAK AID
SEREMBAN 9 Jan. - Kelantan tidak akan menggunakan jersi berwarna merah jambu yang dipakai pasukan itu musim lalu bagi saingan Liga Super kali ini.
Penaja utama pasukan itu, Tan Sri Annuar Musa berkata, The Red Warriors sebaliknya akan kembali menggunakan warna tradisi iaitu merah bagi jersi utama dan perlawanan di tempat sendiri.
"Ini adalah kehendak pihak penaja dan kita akan lancarkan jersi ini pada 20 Januari ini," katanya selepas perlawanan persahabatan antara Kelantan dan MIFA FC di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini petang tadi.
Skuad itu menggunakan jersi berwarna merah jambu yang mempunyai kaitan dengan penaja utama mereka pada musim lalu.
SUMBER : UTUSAN ONLINE