RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 11 Januari 2017

Sorakan nama pemain "FELLAINI" bergema di Old Trafford


MANCHESTER: Juan Mata dan Marouane Fellaini masing-masing meledak jaringan bagi menjamin kemenangan 2-0 Manchester United ke atas kelab yang dibelenggu kecederaan Hull City dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford, awal pagi tadi.

Tumpuan penuh terarah kepada kapten United Wayne Rooney yang sedang memburu rekod jaringan ke-250 buat kelab itu namun Mata memecah kebuntuan pada minit ke-56 sebelum pemain simpanan Fellaini menambah jaringan selepas itu. 

Kemenangan itu meletakkan anak buah Jose Mourinho berada di kedudukan selesa menjelang aksi timbal balik pada 26 Januari ini. 

Malah, ia juga melebarkan rekod kemenangan kepada sembilan kali berturut-turut buat United dan dilihat berada pada tahap terbaik menjelang kunjungan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini. 

Pengurus baharu Hull, Marco Silva mengemudi pasukan untuk kali kedua dan menyenaraikan enam pemain simpanan tatkala tonggak Markus Henriksen dan Josh Tymon dibelenggu kecederaan. 

Naib juara tahun lalu, Liverpool dijadual berkunjung ke Southampton untuk aksi separuh akhir pertama, awal pagi esok. Biarpun Mourinho melakukan tujuh pertukaran dalam pasukan yang menewaskan Reading 4-0 pada aksi Piala FA Sabtu lalu, United masih mampu memberikan asakan bertubi-tubi ke atas Hull. 

Dengan meletakkan David Meyler dan Tom Huddlestone (pemain tengah) di bahagian simpanan dan hanya ada enam pemain di bangku simpanan Hull, ia jelas menggambarkan betapa pasukan pelawat dibelenggu kecederaan dan ia bakal berlarutan. - AFP

SUMBER :BERITA HARIAN