RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 11 Januari 2017

Enrique sokong keputusan pemain tidak ke Zurich


BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Luis Enrique menyokong penuh keputusan anak-anak buahnya yang tidak menghadiri majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Enrique, berkata dia 100 peratus berada di belakang pemainnya selepas mereka memilih untuk tidak menghadiri majlis yang berlangsung di Zurich, Switzerland itu, di mana bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2016.
Pengendali The Catalan itu berkata, keputusan terletak di tangan pemain sendiri sama ada untuk menghadiri majlis itu atau sebaliknya.
"Sebagai jurulatih, saya hanya boleh menyokong keputusan mereka terutama apabila berdepan dengan situasi yang kami perlu menghadapi perlawanan. Itu adalah keutamaan," katanya.
Barcelona sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengesahkan Lionel Messi dan rakan sepasukannya tidak akan ke Zurich dengan memberi keutamaan terhadap persiapan pasukan menghadapi Atletic Bilbao dalam aksi kedua pusingan 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi esok.
Anak buah Enrique yang juga juara bertahan, tewas 2-1 pada aksi pertama.
Messi di tempat kedua juara dalam anugerah pemain terbaik dunia. Tiga lagi pemain Barcelona turut disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik dunia dan video rakaman Andres Iniesta disiarkan ketika majlis berkenaan.
"Sebagai kapten Barcelona, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada FIFA dan FIFPro kerana memberikan anugerah ini. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis kerana ada perlawanan penting untuk diharungi musim ini," katanya. - AP